Platform Dropship Yosh.my – We Are Back

Sepanjang operasi Yosh.my dihentikan untuk kerja-kerja menaik taraf sistem, pihak Yosh.my menerima banyak email dan mesej bertanyakan soal pendaftaran dan status syarikat Yosh.my. Dari pihak Yosh.my, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Yosh.my yang lama dan mereka yang yang berminat menjadi dropshipper kerana menyokong kami.

yosh.my

Untuk makluman, pihak Yosh.my telah melancarkan sistem Yosh.my versi beta pada penghujung bulan Julai yang lalu dan sehingga kini kami telah menerima lebih daripada 1000 pengguna. Baca Selanjutnya

Kemaskini & Baik Pulih Sistem

Kemaskini Sistem Yosh.my

Pada penghujung bulan September lepas kami telah mengumumkan bahawa pendaftaran ahli bagi Yosh.my terpaksa ditutup buat sementara waktu oleh kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Salah satu faktor tersebut ialah kami ingin naik taraf sistem Yosh.my ke tahap yang lebih baik. Kerja kemaskini dan baik pulih sistem Yosh.my secara keseluruhan telah bermula pada bulan ini.

Baca Selanjutnya

Penukaran Nombor Telefon

Penukaran Nombor Telefon

Secara rasmi Yosh.my akan menggunakan nombor telefon baru bagi talian utama kami kerana kami telah beroperasi di tempat baru bermula bulan ini.

Oleh itu, para pelanggan boleh hubungi kami menerusi talian di bawah:

03-41441227 – Talian Utama & Faks (Pejabat)
019-3855569 – Bantuan Ahli Yosh.my
019-3131796 – Bantuan Pembekal Yosh.my

support@yosh.my – Email Utama (Umum)

Di kesempatan ini kami ingin memohon maaf andaikata para pelanggan sukar untuk menghubungi kami pada sepanjang bulan Oktober lepas kerana khidmat bantuan pelanggan sedikit terganggu dengan proses perpindahan pusat operasi ini.

Insyallah kami akan hubungi kembali para pelanggan yang telah tinggalkan pesanan melalui mesej, voice mail dan sebagainya.

Terima kasih kerana terus menyokong Yosh.my!

Pendaftaran Ditutup

Pendaftaran Ditutup

Kami menerima banyak pendaftaran setiap hari sehingga boleh dikatakan ahli Yosh.my sudah lebih dari kuota sebenar. Setiap hari ada saja ahli baru yang mendaftar. Situasi ini serba sedikit membimbangkan kami dalam memberi servis yang terbaik untuk ahli Yosh.my.

Baca Selanjutnya

Baju Muslimah Kanak-Kanak

Yosh.my menambah koleksi produk baju muslimah kali ini khusus untuk kanak-kanak. Dibekalkan oleh antara vendor terbaik Yosh.my iaitu Sinar Inspirasi. Dengan pelbagai design disediakan mampu memberi banyak pilihan kepada pembeli.

Baca Selanjutnya

Page 1 of 1012345...10...Last »